22 Okt 2026 – Program Webinar Live Cybersecurity – Smartphone Tracking & Location Leak merupakan webinar yang memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko penjejakan telefon pintar dan kebocoran maklumat lokasi yang boleh mengancam keselamatan serta privasi pengguna. Perkongsian ini merangkumi cara aplikasi mengakses lokasi, risiko berkongsi lokasi secara terbuka di media sosial serta ancaman pihak tidak bertanggungjawab yang boleh menyalahgunakan maklumat peribadi.
Melalui webinar ini, peserta dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi privasi dan keselamatan digital ketika menggunakan telefon pintar. Peserta juga akan memperoleh pengetahuan mengenai langkah keselamatan seperti menyemak kebenaran akses lokasi aplikasi, mematikan perkongsian lokasi yang tidak diperlukan dan mengelakkan perkongsian maklumat lokasi secara berlebihan. Pengetahuan ini dapat membantu peserta menggunakan teknologi dengan lebih bijak, selamat dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
