Webinar ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan mengenai asas komunikasi visual dalam pemasaran digital. Peserta akan mempelajari cara menghasilkan kandungan visual yang menarik, penggunaan warna, imej dan reka bentuk yang sesuai bagi menarik perhatian pelanggan di platform media sosial.
Program ini membantu usahawan meningkatkan kemahiran dalam menyampaikan mesej pemasaran secara lebih kreatif dan berkesan bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan secara dalam talian.


