PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Foto Intake 4 Minggu 1 – Pengenalan (Kelas 2)

16 Julai 2026 – Program Mahir Foto Intake 4 Minggu 1 telah dimulakan dengan sesi pengenalan yang disertai oleh 5 orang peserta mewakili NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal mengenai perjalanan program, objektif pembelajaran serta kemahiran fotografi yang akan dipelajari sepanjang kursus.

Peserta turut diberikan penerangan mengenai struktur modul, kaedah pembelajaran serta kepentingan memberikan komitmen sepanjang program bagi memastikan setiap modul dapat diikuti dengan baik. Diharapkan program ini dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran fotografi, mengasah kreativiti serta membuka peluang untuk menjana pendapatan melalui penghasilan kandungan visual dan bidang keusahawanan digital.

Berita Berkaitan