PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Care Pewarisan : Wang, Tanah … dan Kanser

04 Ogos 2026 – Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan memahami aspek pewarisan, bukan sahaja melibatkan harta seperti wang dan tanah, malah risiko pewarisan penyakit seperti kanser. Peserta didedahkan dengan konsep asas pewarisan, faktor genetik serta kepentingan mengetahui sejarah kesihatan keluarga sebagai langkah awal dalam penjagaan kesihatan.

Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari kepentingan menjalani saringan kesihatan, mengenal pasti faktor risiko serta mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan sekiranya mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser. Selain itu, perkongsian ini turut memberi penekanan kepada amalan gaya hidup sihat dan langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko penyakit.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta mengenai kepentingan perancangan pewarisan dan penjagaan kesihatan, sekali gus menggalakkan masyarakat mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesejahteraan diri dan keluarga.

Berita Berkaitan