eKelas Usahawan: Modul 3 – AI untuk Mencipta Kandungan
Modul ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam menghasilkan kandungan pemasaran yang lebih kreatif dan efektif. Peserta akan mempelajari cara menggunakan alat AI untuk menjana idea, menulis kapsyen promosi, menghasilkan visual serta merancang kandungan media sosial dengan lebih pantas dan sistematik.
Program ini bertujuan membantu usahawan meningkatkan kualiti pemasaran digital serta menjimatkan masa dalam penghasilan kandungan bagi mengembangkan perniagaan secara lebih berdaya saing.


