Rabu | 3 September 2025 | 11.00am – 1.00pm : NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Padang Kala telah melaksanakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Gong Dermin.
Peserta :
70 orang murid Darjah 6.
Modul yang Digunakan :
Modul Ringkas Kanak-kanak (10-12 Tahun)
Objektif Program
(Murid Tahap 2)
– Memberi kefahaman tentang had umur minimum 13 tahun bagi penggunaan media sosial.
– Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak
– Membimbing murid mengenal pasti aktiviti alternatif dalam talian yang lebih bermanfaat dan sesuai dengan usia mereka.
2 orang fasilitator ditugaskan untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti modul ini.
Ikon K-DAT Sekolah :
– Ikon K-DAT (Guru)
– Encik Mohd Najib bin Muhd Nor@Hussain
– Ikon K-DAT (pelajar)
– Nur Ain Nazuhah binti Mohd Saifudin
Aktiviti :
Modul Ringkas Tahap 2 terbahagi kepada 3 pelajaran seperti berikut :
* Pelajaran 1 : Had umur 13 tahun di platform media
* Pelajaran 2 : Bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak
* Pelajaran 3 : Aktiviti alternatif dalam talian yang lebih selamat
Hasil Program :
Program ini berjaya mencapai matlamatnya dengan membentuk pemahaman asas dalam kalangan murid tentang penggunaan internet secara berhemah, meningkatkan kesedaran mengenai had umur yang sesuai bagi penggunaan media sosial, serta memberi peringatan tentang bahaya penggunaan internet tanpa pengawasan. Selain itu, program ini turut menggalakkan murid meneroka aktiviti alternatif yang lebih bermanfaat dan bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka.


