PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Mahir Jahit Intake 4 Minggu 1 – Pengenalan (Kelas 1)

14 Julai 2026 – Program Mahir Jahit Intake 4 Minggu 1 telah berlangsung dengan penyertaan 2 orang peserta dari NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh. Sesi pengenalan ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai perjalanan program, modul pembelajaran serta kemahiran jahitan yang akan dipelajari sepanjang kursus.

Melalui sesi ini, peserta turut diberi penerangan mengenai kepentingan memberikan komitmen sepanjang program bagi memastikan setiap modul dapat diikuti dengan baik. Diharapkan program ini dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran jahitan, membina keyakinan diri serta membuka peluang untuk menjana pendapatan melalui bidang jahitan pada masa hadapan.

Berita Berkaitan