14 Julai 2026 – Program Mahir Baiki Gajet Intake 4 Minggu 1 telah memulakan sesi pengenalan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai perjalanan program serta kemahiran asas dalam penyelenggaraan dan pembaikan gajet. Sesi ini bertujuan memperkenalkan modul pembelajaran yang akan diikuti sepanjang kursus serta kepentingan kemahiran teknikal dalam bidang pembaikan peranti digital.
Peserta turut diberikan penerangan mengenai struktur pembelajaran, penggunaan peralatan asas serta langkah-langkah keselamatan ketika menjalankan kerja-kerja pembaikan gajet. Diharapkan program ini dapat membantu peserta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran praktikal, sekali gus membuka peluang untuk menjana pendapatan dan menceburi bidang pembaikan gajet pada masa hadapan.


