15 Julai 2026 – Program Mahir Masak Intake 4 Minggu 1 telah memulakan sesi pengenalan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai perjalanan program serta modul pembelajaran yang akan diikuti sepanjang kursus. Sesi ini bertujuan memperkenalkan asas-asas kemahiran kulinari, amalan kebersihan dan keselamatan makanan serta objektif program kepada para peserta.
Peserta turut diberi penerangan mengenai struktur pembelajaran dan kemahiran yang akan dipelajari sepanjang program. Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang masakan, di samping membuka peluang untuk menjana pendapatan serta menceburi bidang keusahawanan makanan pada masa hadapan.


