12 Ogos 2026 –
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penyediaan Kek Chiffon yang lembut, ringan dan gebu. Peserta mempelajari penyediaan bahan, sukatan yang tepat, teknik menghasilkan adunan serta kaedah membakar yang betul bagi mendapatkan tekstur kek yang sempurna.
Sepanjang sesi, peserta turut didedahkan dengan penggunaan peralatan yang sesuai, amalan kebersihan dan keselamatan makanan serta teknik memastikan kek tidak mudah mendap atau rosak selepas dibakar.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam penyediaan kek, memupuk kreativiti serta membuka peluang untuk menghasilkan produk bakeri yang berkualiti bagi kegunaan sendiri atau tujuan keusahawanan.


