12 Ogos 2026 –
Sesi video pra latihan ini memberi pendedahan awal kepada peserta NADIPreneur EmpowerHer mengenai asas pengurusan dan pembangunan perniagaan. Peserta mengikuti perkongsian berkaitan kepentingan membina kepercayaan, kepuasan dan pelanggan setia sebagai asas dalam membina hubungan yang baik dengan pelanggan serta memastikan perniagaan terus berkembang.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan rahsia pengurusan operasi gaya korporat, termasuk kepentingan pengurusan yang teratur, sistem kerja yang berkesan dan perancangan operasi bagi memastikan perjalanan perniagaan lebih lancar.
Diharapkan sesi pra latihan ini dapat membantu peserta membuat persediaan awal, meningkatkan pengetahuan keusahawanan serta membina keyakinan untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam pengurusan perniagaan masing-masing.


