Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan langkah-langkah asas dalam pembuatan Mexican Bun. Peserta mempelajari proses penyediaan bahan, cara mengadun doh dengan betul serta teknik membentuk roti bagi menghasilkan tekstur yang lembut dan gebu.
Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara menyediakan topping khas Mexican Bun serta teknik membakar roti pada suhu yang sesuai. Melalui kelas ini, peserta dapat menambah kemahiran dalam menghasilkan roti yang enak dan berpotensi dijadikan produk jualan atau hidangan keluarga. 🍞👩🍳


