15 Okt 2026 – Program pembelajaran yang memberi pendedahan asas kepada peserta tentang penggunaan Microsoft PowerPoint untuk menghasilkan slaid pembentangan yang menarik, kemas dan profesional. Peserta diperkenalkan kepada fungsi asas PowerPoint, penggunaan templat, penyusunan teks serta penambahan gambar dan elemen visual bagi menjadikan pembentangan lebih kreatif dan mudah difahami.
Melalui video pembelajaran kendiri bagi Modul 1 hingga Modul 4, peserta dapat mempelajari setiap topik mengikut kesesuaian masa dan tahap pemahaman masing-masing. Program ini membantu meningkatkan kemahiran digital peserta serta memberi keyakinan untuk menggunakan Microsoft PowerPoint dalam tugasan harian, pembelajaran, pembentangan kerja dan aktiviti perniagaan.


