Mahir Pertanian Minggu 4: Pengurusan Kawalan Serangga Perosak
Sesi ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan strategi mengurus serta mengawal serangga perosak dalam tanaman. Peserta mempelajari kaedah kawalan yang selamat dan berkesan, termasuk penggunaan kaedah biologi, kimia, dan pengurusan ladang secara sistematik bagi meminimakan kerosakan tanaman.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta dalam menjaga kesihatan tanaman dan memastikan hasil pertanian yang berkualiti serta produktif.


