PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Awareness – Kempen Internet Selamat – Nak Selamat Selalu, Media Sosial Stop Dulu (siaran ulangan)

Rabu | 17 September 2025 : Webinar Kempen Internet Selamat dengan tajuk “Nak Selamat Selalu, Media Sosial Stop Dulu” telah berjaya dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penggunaan media sosial secara bijak.

Dalam sesi ini, para penceramah menekankan risiko yang boleh berlaku akibat perkongsian maklumat peribadi secara berlebihan, penipuan siber, serta bahaya buli dalam talian. Peserta juga diberi panduan tentang langkah-langkah keselamatan digital seperti menetapkan kata laluan yang kukuh, mengawal privasi akaun, dan berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di internet.

Program ini diharap dapat membentuk masyarakat yang lebih peka dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial agar keselamatan diri sentiasa terjamin.

Berita Berkaitan