PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care : Sihat Dari Akar Umbi: Bagaimana Microbiome & Epigenetik Kawal Kesihatan Kita | W081

Jumaat | 12 September 2025 | 10.30am : Webinar Studio Sihat kali ini telah membawakan tajuk menarik iaitu “Sihat Dari Akar Umbi : Bagaimana Microbiome & Epigenetik Kawal Kesihatan Kita”. Sesi ini memberi pencerahan tentang bagaimana mikrobiome, iaitu komuniti bakteria baik dalam tubuh manusia, berperanan penting dalam sistem penghadaman, imuniti serta keseimbangan kesihatan secara menyeluruh.

Selain itu, topik epigenetik turut dikupas, iaitu bagaimana gaya hidup, pemakanan dan persekitaran boleh mempengaruhi cara gen kita berfungsi tanpa mengubah DNA. Webinar ini membuka mata peserta bahawa kesihatan tidak hanya ditentukan oleh keturunan, tetapi juga oleh cara kita menjaga tubuh dan minda. Dengan kefahaman ini, masyarakat digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan penyakit dari peringkat paling asas.

Berita Berkaitan