PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-Care : Lelaki & Gula : Bila Work Hard Play Hard Bawa Padah.

Jumaat | 8 Ogos 2025 : Webinar Studio Sihat kali ini mengupas topik menarik bertajuk “Lelaki dan Gula: Bila Work Hard Play Hard Bawa Padah”. Sesi ini memberi pendedahan tentang kesan pengambilan gula berlebihan terhadap kesihatan lelaki, terutamanya bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sibuk dan aktif. Para peserta diberi penerangan tentang bagaimana gula boleh menyumbang kepada masalah seperti kencing manis, obesiti, penyakit jantung, dan penurunan tenaga.

Dr Ahmad Syarif turut berkongsi tips praktikal untuk mengawal pengambilan gula, memilih snek lebih sihat, serta menjaga keseimbangan antara kerja keras dan masa rehat. Webinar ini menjadi peringatan penting bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur pada prestasi kerja, tetapi juga pada kesihatan yang terjaga.

Berita Berkaitan