18 Ogos 2026 – NADI Care Webinar bertajuk “Gula Tak Normal, Tetapi Belum Kencing Manis” sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai keadaan paras gula dalam darah yang tidak normal serta risiko yang boleh berlaku sekiranya tidak diberikan perhatian dan tindakan awal. Peserta turut mendapat perkongsian berkaitan kepentingan pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan pemeriksaan kesihatan secara berkala.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih peka terhadap tahap kesihatan diri serta mengambil langkah pencegahan lebih awal bagi mengurangkan risiko penyakit berkaitan paras gula dalam darah.
NADI Care – Prihatin terhadap kesihatan, bersama membina komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.


