PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI DiLEA Webinar Berkala Bhasa Inggeris Edisi 6

Webinar Berkala Bahasa Inggeris telah dianjurkan sebagai satu inisiatif berterusan bagi membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Program ini memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Inggeris seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis melalui pendekatan pembelajaran secara dalam talian yang interaktif dan menyeronokkan.

Pelaksanaan webinar ini secara berkala bertujuan memberi peluang kepada murid untuk mempraktikkan penggunaan Bahasa Inggeris secara konsisten dalam suasana pembelajaran yang santai dan menyokong. Selain itu, program ini juga dapat membantu meningkatkan keyakinan murid dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris sama ada di dalam kelas mahupun dalam kehidupan seharian. Diharapkan penganjuran webinar ini dapat memberi manfaat kepada murid dalam memperkukuh asas Bahasa Inggeris serta menyokong pencapaian akademik mereka di peringkat sekolah menengah.

Berita Berkaitan