Bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan media sosial secara bijak dan profesional dalam dunia e-sukan. Melalui modul ini, pemain Mobile Legends: Bang Bang didedahkan dengan cara membina identiti diri (personal branding), menghasilkan kandungan menarik, serta berinteraksi secara positif dengan komuniti dalam talian.
Selain itu, peserta juga dibimbing mengenai etika penggunaan media sosial, keselamatan akaun, dan cara memanfaatkan platform digital sebagai medium untuk mengembangkan bakat serta peluang dalam bidang e-sukan. Program ini diharap dapat melahirkan pemain yang bukan sahaja mahir dalam permainan, malah bijak mengurus kehadiran mereka di media sosial.


