PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-KidVenture : IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 – Perancangan Kewangan (Cohort 2 2025)

Sabtu, 17 Mei 2025 – Perjalanan Program Usahawan Cilik NADI x Kidventure 2025 – Mencungkil Bakat Keusahawanan Sejak Usia Muda.
Program “Usahawan Cilik” anjuran bersama NADI dan Kidventure kini kembali menerusi Cohort 2 yang berlangsung sepanjang Mei hingga Jun 2025, dengan matlamat memperkasa dan mencungkil potensi keusahawanan dalam kalangan kanak-kanak seawal usia sekolah rendah.Program ini menggunakan gabungan modul digital dan sesi interaktif secara langsung bagi memberikan pengalaman pembelajaran menyeluruh dan menyeronokkan kepada para peserta. Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam simulasi perniagaan sebenar.
Dengan kerjasama erat antara pihak NADI dan Kidventure, program ini diyakini mampu menjadi batu loncatan kepada lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, inovatif dan berkeyakinan tinggi.

Berita Berkaitan