Sabtu | 2 Ogos 2025 : Webinar Berkala Sejarah edisi ke-3 yang bertajuk “Teknik Skor A Sejarah” telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan hangat daripada para pelajar dan guru. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami teknik-teknik berkesan dalam menjawab soalan Sejarah, khususnya bagi menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan berstrategi.
Sepanjang sesi webinar, para peserta didedahkan kepada pelbagai pendekatan seperti teknik menjawab soalan berstruktur dan esei, penggunaan kata kunci, serta kaedah mengingati fakta penting dengan lebih mudah dan kreatif. Penceramah juga berkongsi contoh soalan sebenar berserta cara menjawab yang tepat mengikut skema pemarkahan.
Webinar ini bukan sahaja memberi pendedahan akademik, malah turut menyuntik semangat cinta akan sejarah negara dalam kalangan pelajar. Diharapkan usaha berterusan seperti ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah serta melahirkan generasi yang menghargai warisan dan perjuangan bangsa.


