PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-SkillForge – eSport : Kelas Pensijilan eSport – Asas Pemakanan Sukan Bagi Atlet Remaja Episode 2

Sabtu | 21 Jun 2025 (cover 28 jun) : Program eKelas Pensijilan eSport kembali lagi dengan Episod 2 bertajuk “Asas Pemakanan Sukan bagi Atlet Remaja”. Siri ini memberi tumpuan kepada kepentingan pemakanan seimbang dalam membentuk prestasi atlet muda, khususnya dalam bidang eSport dan sukan fizikal.

Dalam episod ini, peserta didedahkan kepada konsep asas nutrisi, termasuk peranan karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral dalam menyokong daya tahan serta fokus mental. Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan pengambilan air yang mencukupi serta waktu makan yang sesuai sebelum dan selepas aktiviti sukan.

Melalui pendekatan interaktif dan penggunaan contoh situasi sebenar, peserta dapat memahami bagaimana gaya pemakanan yang sihat boleh meningkatkan prestasi dalam pertandingan dan mencegah keletihan atau kecederaan.

Program ini sangat bermanfaat terutamanya untuk remaja yang aktif dalam sukan atau permainan kompetitif, bagi memastikan mereka bukan sahaja cemerlang dari segi kemahiran, tetapi juga dari aspek kesihatan menyeluruh.

Berita Berkaitan