PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-TinyTechies – Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies Robotik (sekolah rendah)

Sabtu | 9 Ogos 2025 : Bengkel Tiny Techies dengan tajuk Unboxing Robotik Kit untuk Sekolah Rendah telah dianjurkan bagi memberi pendedahan awal kepada murid tentang dunia teknologi dan robotik. Dalam bengkel ini, para peserta berpeluang membuka dan meneroka sendiri komponen dalam kit robotik sambil belajar tentang fungsi setiap bahagian.

Aktiviti hands-on ini membantu murid memahami konsep asas robotik seperti sambungan litar, sensor, dan kawalan pergerakan. Selain itu, bengkel ini turut menggalakkan kreativiti, kerjasama berkumpulan, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Program ini diharap dapat menanam minat murid terhadap bidang STEM sejak peringkat awal persekolahan.

Berita Berkaitan