15 Okt 2026 – Program NADI Tuisyen Rakyat: Open Tuition Bahasa Melayu Tingkatan 3 bertujuan membantu pelajar meningkatkan penguasaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu melalui sesi pembelajaran dan bimbingan secara interaktif. Pelajar akan diberi pendedahan kepada aspek penting seperti tatabahasa, pemahaman, penulisan karangan, rumusan serta teknik menjawab soalan dengan betul.
Melalui program ini, pelajar berpeluang mengukuhkan pemahaman terhadap topik yang dipelajari, meningkatkan keyakinan diri dan membuat persediaan yang lebih baik untuk menghadapi peperiksaan. Program ini juga diharap dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik serta menggalakkan pembelajaran berterusan dengan memanfaatkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.


