PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI Tuisyen Rakyat Open Tuition Sejarah (Ting5)

20 Julai 2026 – Program ini bertujuan membantu pelajar Tingkatan 5 meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam mata pelajaran Sejarah melalui sesi pembelajaran yang interaktif dan berfokus. Peserta didedahkan dengan penerangan topik penting, teknik menjawab soalan serta kaedah memahami fakta sejarah dengan lebih mudah dan sistematik.

Melalui latihan dan perbincangan yang dijalankan, peserta turut meningkatkan kemahiran membuat analisis, menghubungkaitkan peristiwa sejarah serta membuat persediaan yang lebih mantap untuk menghadapi peperiksaan. Diharapkan program ini dapat membantu pelajar mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Sejarah.

Berita Berkaitan