Sabtu | 21 Jun 2025 : Kemajuan teknologi menjadikan internet satu keperluan harian. Namun, di sebalik kemudahan yang ditawarkan, wujud ancaman yang sering tidak disedari oleh pengguna, iaitu laman web jahat yang menjadi perangkap digital. Justeru itu, kempen “Perangkap Digital : Kenali & Elak Laman Web Jahat” dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang bahaya siber.
Laman web jahat boleh menyamar sebagai laman sah untuk mencuri maklumat peribadi, seperti kata laluan, nombor kad bank, atau fail penting. Antara tanda-tanda laman web mencurigakan ialah URL yang pelik, banyak iklan pop-up, dan permintaan maklumat peribadi secara tiba-tiba. Pengguna internet perlu berhati-hati dan memeriksa setiap pautan sebelum klik, serta memasang perisian antivirus dan penapis kandungan bagi melindungi diri.
Kempen ini menggalakkan semua pengguna — terutamanya pelajar, ibu bapa dan warga emas — agar celik siber dan tidak mudah terpedaya. Pendidikan awal tentang keselamatan digital adalah langkah penting bagi melahirkan masyarakat yang lebih bijak dan berwaspada dalam dunia maya.
Dengan pengetahuan dan kesedaran, kita mampu mengelak daripada menjadi mangsa. Lindungi diri, keluarga dan data anda. Ingat, satu klik boleh mengundang bahaya. Ayuh bersama menjayakan kempen ini demi internet yang lebih selamat untuk semua!


