Sabtu | 24 Mei 2025 – Alhamdulillah, pada 24 Mei 2025 (Sabtu) telah berlangsung Program Mini Penerangan & Kelas Editing Video bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Padang Kala.
Program bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan telah disertai seramai 13 orang ahli komuniti MADANI dari sekitar Kampung Padang Kala. Peserta diberi pendedahan asas tentang teknik penyuntingan video menggunakan aplikasi percuma serta langkah-langkah menghasilkan kandungan digital yang kreatif dan berinformasi.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk pembangunan komuniti serta memperkasakan kemahiran digital.


