PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Siri Webinar Kempen Internet Selamat Siri 15 : Privasi Data : Data Anda, Nyawa Anda-Jangan Biar Dicuri !

Webinar ini dianjurkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga privasi data peribadi ketika menggunakan internet. Melalui sesi ini, peserta didedahkan dengan risiko kebocoran maklumat, penipuan dalam talian serta cara melindungi data peribadi daripada disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Peserta juga akan mempelajari langkah-langkah keselamatan seperti penggunaan kata laluan yang kuat, berhati-hati ketika berkongsi maklumat di media sosial serta kepentingan menjaga identiti digital. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan membentuk pengguna internet yang lebih bijak, selamat dan bertanggungjawab.

Berita Berkaitan