PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Siri Webinar Kempen Internet Selamat Siri 18 : Algoritma & Kita : Bagaimana AI Kawal Apa Kita Tengok?

01 Ogos 2026 – Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta mengenai cara algoritma dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mempengaruhi kandungan yang dipaparkan di platform digital dan media sosial. Peserta didedahkan dengan bagaimana algoritma menganalisis minat, carian dan interaksi pengguna untuk menentukan kandungan yang dipaparkan, sekali gus mempengaruhi corak penggunaan internet dan media sosial.

Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari kepentingan berfikir secara kritis terhadap kandungan dalam talian, mengenal pasti maklumat yang sahih serta memahami risiko seperti gelembung penapis (filter bubble), penyebaran maklumat palsu dan manipulasi kandungan. Selain itu, peserta diberikan panduan untuk menggunakan media sosial secara lebih bijak, beretika dan bertanggungjawab.

Diharapkan program ini dapat meningkatkan literasi digital peserta, menggalakkan penggunaan internet yang lebih selamat serta membantu masyarakat memahami peranan AI dan algoritma dalam membentuk pengalaman digital seharian.

Berita Berkaitan