8 April 2025 – NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh bersama NADI Kampung Pantai Sabak dan NADI Kampung Padang Kala telah menganjurkan Program Celik Delima serta program pengenalan kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat (Maxis eKelas). Pihak sekolah telah meminta NADI menerangkan kepentingan serta kelebihan penggunaan ID Delima untuk pembelajaran menggunakan Portal Maxis eKelas. Pihak NADI juga turut memperkenalkan 5 teras perkhidmatan pintar yang ada di NADI. Selain itu, program saringan kesihatan (NADI Care) turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para guru. Taklimat Safe & Shield pula diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan penggunaan internet yang bijak di kalangan pelajar serta guru di SMK Long Ghafar 2.

Mahir Prompt Engineering Intake 4 Minggu 3 Pembangunan Laman Web Menggunakan AI (Kelas 3)
31 Julai 2026 – Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan Kecerdasan Buatan (AI)

