8 April 2025 – NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh bersama NADI Kampung Pantai Sabak dan NADI Kampung Padang Kala telah menganjurkan Program Celik Delima serta program pengenalan kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat (Maxis eKelas). Pihak sekolah telah meminta NADI menerangkan kepentingan serta kelebihan penggunaan ID Delima untuk pembelajaran menggunakan Portal Maxis eKelas. Pihak NADI juga turut memperkenalkan 5 teras perkhidmatan pintar yang ada di NADI. Selain itu, program saringan kesihatan (NADI Care) turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para guru. Taklimat Safe & Shield pula diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan penggunaan internet yang bijak di kalangan pelajar serta guru di SMK Long Ghafar 2.

Mahir Pertanian Pintar Minggu 12 Keperluan Asas Tanaman Dan Pembajaan (Kelas 2)
Kelas ini memberi pendedahan kepada peserta tentang keperluan asas yang diperlukan oleh tanaman untuk membesar

