PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Tiny Techies Perkasa Pendidikan Teknologi Secara Online Siri 2

19 April 2025 – Program Tiny Techies anjuran NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh telah berjaya dilaksanakan secara atas talian (online live) hari ini, melibatkan penyertaan pelajar sekolah menengah dari sekitar Pasir Tumboh dan kawasan berdekatan.

Program ini bertujuan membangunkan kemahiran dalam bidang teknologi dan kejuruteraan asas, khususnya dalam pengendalian microcontroller, pengaturcaraan serta pembinaan litar elektronik. Meskipun dijalankan secara dalam talian, aktiviti tetap dirancang secara interaktif dan berfokuskan pembelajaran secara hands-on menggunakan peralatan elektronik asas yang dibekalkan kepada peserta lebih awal.

Dr. Harnani Bt. Hassan, pensyarah dari Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Cawangan Kelantan (Sek. Menengah) bertindak sebagai Program Mentor dengan tema Mahir | Mentor | Juara, membimbing peserta sepanjang sesi.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen NADI dalam memanfaatkan teknologi digital untuk memperkasakan ilmu STEM dalam kalangan generasi muda, walaupun berdepan cabaran pelaksanaan secara maya.

Program mendapat sambutan menggalakkan dan menerima maklum balas positif daripada pelajar serta ibu bapa yang berharap agar program berbentuk pendidikan digital seperti ini diteruskan pada masa akan datang.

Berita Berkaitan