PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

Webinar Bijak Berbicara : Bercerita Siri 1

25 Julai 2026 – Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri peserta melalui seni bercerita yang menarik dan berkesan. Peserta didedahkan dengan teknik asas penyampaian cerita, penggunaan intonasi suara, bahasa tubuh serta ekspresi yang sesuai bagi menjadikan penyampaian lebih jelas, kreatif dan mampu menarik perhatian pendengar.

Sepanjang sesi, peserta turut mempelajari cara menyusun jalan cerita, membina keyakinan ketika bercakap di hadapan khalayak serta menyampaikan mesej dengan lebih tersusun dan berkesan. Aktiviti interaktif yang dijalankan membantu peserta mengembangkan kreativiti, kemahiran berkomunikasi dan keberanian untuk berkongsi idea.

Diharapkan program ini dapat membina keyakinan diri peserta, meningkatkan kemahiran komunikasi lisan serta memupuk minat terhadap seni bercerita sebagai medium pembelajaran, penyampaian ilmu dan pembangunan sahsiah.

Berita Berkaitan