Sesi webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas komunikasi visual dalam perniagaan dan pemasaran digital. Peserta akan mempelajari cara menggunakan elemen visual seperti warna, teks, susun atur dan gambar bagi menghasilkan bahan promosi yang menarik dan mudah difahami. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada kepentingan identiti jenama (branding) serta teknik menghasilkan kandungan visual yang lebih kreatif dan efektif untuk menarik perhatian pelanggan di platform media sosial.

Nadi-Mahir – Mahir Foto : Bawaku Ke Sini – Tayangan & Bicara Karya – Pertandingan Mobile Videography
Sabtu | 16 Ogos 2025 | 9.30 AM – 1.30 PM

