Sesi webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas komunikasi visual dalam perniagaan dan pemasaran digital. Peserta akan mempelajari cara menggunakan elemen visual seperti warna, teks, susun atur dan gambar bagi menghasilkan bahan promosi yang menarik dan mudah difahami. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada kepentingan identiti jenama (branding) serta teknik menghasilkan kandungan visual yang lebih kreatif dan efektif untuk menarik perhatian pelanggan di platform media sosial.

WEBINAR PEMASARAN DIGITAL eKelas Usahawan AI untuk Mencipta Kandungan
Webinar ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang penggunaan Artificial Intelligence (AI) dalam menghasilkan kandungan digital

