Program Mahir Masak Minggu 12 memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas pembuatan roti bun. Dalam kelas ini, peserta akan mempelajari langkah-langkah penyediaan doh, teknik menguli, proses penapaian serta cara membentuk roti bun dengan betul.
Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran memasak serta menambah pengetahuan dalam menghasilkan roti yang lembut, gebu dan sesuai dijadikan hidangan harian atau sebagai peluang menjana pendapatan.


