13 Julai 2026 – Program Mahir Foto Intake 4 Minggu 1 telah bermula dengan sesi pengenalan yang disertai oleh 5 orang peserta mewakili NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh. Sesi ini bertujuan memberikan gambaran awal mengenai perjalanan program, objektif pembelajaran serta kemahiran yang bakal dipelajari sepanjang kursus.
Dalam sesi ini, pihak Mahir telah memberikan penerangan berkaitan Micro-credential Training System (MTS), iaitu sistem pembelajaran yang digunakan sepanjang program. Peserta turut diterangkan mengenai struktur modul, kaedah pembelajaran, penilaian serta syarat yang perlu dipatuhi bagi memastikan mereka berjaya menamatkan program.
Selain itu, turut menegaskan bahawa kehadiran bagi setiap sesi kelas adalah wajib kerana setiap modul saling berkait dan penting untuk memastikan peserta tidak ketinggalan dalam pembelajaran. Para peserta juga digalakkan untuk memberikan komitmen sepenuhnya serta melengkapkan setiap tugasan yang diberikan sepanjang tempoh kursus.
Diharapkan penyertaan lima wakil daripada NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh ini dapat memberi manfaat kepada peserta dalam meningkatkan kemahiran fotografi serta membuka peluang untuk mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian, kerjaya dan bidang keusahawanan digital.


