PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

NADI-SkillForge – eSukan : Webinar 1 Bulan Ogos : Keselamatan Siber dan Perlindungan Data Dalam eSukan

Sabtu | 23 Ogos 2025 | 10.00 AM : Webinar eSukan yang bertajuk “Keselamatan Siber dan Perlindungan Data Dalam eSukan” telah dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran pemain, penggiat dan peminat eSukan tentang kepentingan menjaga keselamatan maklumat peribadi serta data digital. Dalam era digital yang semakin berkembang, ancaman siber seperti penggodaman akaun, kecurian identiti dan penipuan dalam talian menjadi cabaran utama kepada komuniti eSukan.

Melalui webinar ini, para peserta didedahkan dengan teknik asas keselamatan siber, amalan perlindungan kata laluan, kepentingan pengesahan dua faktor, serta langkah berjaga-jaga ketika menggunakan platform permainan dalam talian. Selain itu, penceramah juga menekankan tentang peranan pemain eSukan dalam mengamalkan sikap berwaspada supaya tidak terdedah kepada serangan siber yang boleh menjejaskan reputasi dan kerjaya mereka.

Program ini diharap dapat memberi manfaat kepada semua peserta, seterusnya melahirkan komuniti eSukan yang lebih selamat, beretika, dan bertanggungjawab dalam dunia digital yang mencabar.

Berita Berkaitan