11 Ogos 2026 –
🌐 Kempen Internet Selamat (KIS) di Negeri Kelantan
📍 Lokasi: Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka
📅 Tarikh: 11 Ogos 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
NADI Kampung Pantai Sabak, NADI Bandar Satelit Pasir Tumboh dan NADI Kampung Panjang Banggu telah menganjurkan Kempen Internet Selamat di Sekolah Kebangsaan Seri Chempaka yang disertai seramai 448 orang murid Tahun 4 hingga Tahun 6. Program ini memberi pendedahan kepada murid sekolah rendah mengenai penggunaan internet secara bijak, beretika dan selamat, termasuk kesedaran terhadap batas penggunaan media sosial serta risiko yang terdedah kepada golongan kanak-kanak di alam digital.
🎯 Objektif Program (Murid Tahap 2)
Program ini bertujuan membina asas kefahaman tentang penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab. Antara objektif khususnya ialah:
✅ Memberi kefahaman tentang had umur minimum (16 tahun) bagi penggunaan media sosial.
✅ Meningkatkan kesedaran mengenai bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak.
✅ Membimbing murid mengenal pasti aktiviti alternatif dalam talian yang bermanfaat dan sesuai dengan usia mereka.
✅ Memupuk tabiat digital yang sihat serta kesedaran asas keselamatan dalam persekitaran digital.
👥 Bilangan murid: 448
👥 Bilangan guru: 26
Ikon K-DAT Sekolah:
– Ikon K-DAT (Guru)
- Mohamad Dasuki Bin Nazir
– Ikon K-DAT (Pelajar)
– Ahmad Amin Baihaqi Bin Syahidan
📖Modul yang Digunakan:
*Modul Kanak-kanak (10-12 Tahun).
Fasilitator: 3 orang bertugas sepanjang pelaksanaan modul.
📚 Aktiviti:
Modul Kanak-kanak 10-12 tahun terbahagi kepada 3 pelajaran seperti berikut :
* Pelajaran 1: Had umur 16 tahun di platform media
* Pelajaran 2: Bahaya media sosial dan kesan negatif terhadap kanak-kanak
* Pelajaran 3: Aktiviti alternatif dalam talian yang lebih selamat
✅ Hasil Program:
Program ini berjaya mencapai matlamatnya dengan membantu murid memahami kepentingan penggunaan internet secara berhemah, menyedarkan mereka tentang had umur yang sesuai untuk media sosial serta risiko penggunaan tanpa pemantauan. Selain itu, program ini turut mendorong murid menerokai aktiviti alternatif yang lebih positif dan selaras dengan tahap perkembangan mereka.
#KempenInternetSelamat
#MCMC
#NADIKelantan


